Khamis, 19 September 2013

Islam Itu Indah(3 I)

Pasang surut sebuah kehidupan adakalanya meletihkan jiwa,

Gelombangnya adakala menakutkan,

Tatkala dilambung ombak ujian, si kerdil hina hampir dengan Tuhan-Nya,

Ketika itulah tangannya kuat memegang tiang Tauhidnya,

Ketakutannya penuh kejujuran,

Rintihannya penuh dengan harapan,

Kegelisahannya diteduhkan dengan doanya

Kerana yakinnya ia, hasilnya tiada pernah dikecewakan Sang Pemilik Jiwa,

Masa silih berganti,

Apabila reda daripada sebarang bahaya yang datang,

Seringkali insan terlena sehingga terlupa bahtera kehidupan ini perlu berlabuh,

Setiap detik yang berlalu,

Sauh semakin hampir ke dasar bumi,

Bahtera ini pasti terhenti…

Tanyalah pada diri…

Apakah bekalan yang ada ini cukup memenuhi timbangan ke Syurga?

0 ulasan:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates